"Kata orang Aqil itu sering bercakap seorang diri
semasa melakar rekaan..."
"Aqil itu pernah buat kerja gila, minum air
dakwat lukisan semasa di tahun satu"
"Sebenarnya...Aqil itu ada masalah mental..."
Betulkah Safiy Aqil sakit mental? Alangkah ruginya, rupa
kacak tetapi sakit mental pula!
Namun, semua persoalan yang berkumpul di otak Raisya terjawab
setelah dia berada di satu ruangan kerja bersama Aqil.
Seperti keju dan coklat, betapa dua bahan berbeza, boleh disatukan
menjadi satu rasa hebat. Begitu juga dalam hal berkawan.
Aqil -" Berkat duduk satu ruangan kerja dengan awak dahulu,
saya berasa punya kawan sejati. Berkat mengenal awak, saya
juga dapat mengenal erti bahagia"
Rupa-rupanya ada banyak rahsia yang disimpan
oleh Aqil yang bukan sahaja mengejutkan Raisya
tetapi seluruh Fakulti Alam Bina!
No comments:
Post a Comment