My Blog

Hit Counter

Sunday, July 31, 2011

HANI.COM:ENTRI PERTAMA


“Hani.com?” soal Hani Humaira serta-merta sebaik sahaja mendengar kata-kata sokongan daripada adiknya. 
Muaz mencebik kemudian beralih fokus kepada skrin komputernya. Dia tidak perlu membuang lebih banyak masa melayan kerenah kakaknya yang sibuk membina blog. Masa berlalu semakin pantas. Sekejap lagi tamat tempoh menggunakan komputer. Jari-jemarinya semakin ligat menekan setiap butang di papan kekunci sehingga bergegar meja yang menampung dua buah komputer itu. 
“Bersemangat betul. Sehingga bergoncang meja,” usik Hani Humaira sebaik sahaja selesai menamatkan urusannya.
“Menang,” jerit Muaz sambil bersandar di kerusinya. Kemudian, kedua-dua tangan dibiarkan terkulai di sisi. 
 Apa Hani tulis dalam blognya?

Apa istimewanya blog Hani.com?

OH, LONDON!


Alisa mendapat peluang bercuti ke London menemankan ibunya yang menghadiri kursus di sana. Sementara ibunya menghadiri kursus itu, Elisa ditemani oleh Puan Mariam iaitu rakan kepada ibunya yang memang menetap di London. Sepanjang berada di sana, Elisa dibawa ke pelbagai tempat-tempat menarik di London  termasuklah Malaysia Hall, Hyde Park, Istana Buckingham, Madame Tussauds, River Thames, New Walk, London Central Mosque dan pelbagai tempat menarik lain. Selain itu, dia juga diberitahu sejarah London yang tidak pernah diketahuinya. Satu insiden berlaku semasa berlaku satu rusuhan, Elisa terpisah daripada ibunya. Elisa diselamatkan sepasang suami isteri keluarga Brown yang akhirnya berjaya menemukan Elisa semula kepada ibunya. Pengalaman sepanjang di London memang benar-benar tidak dapat dilupakan oleh Elisa.

SI GADIS-GADIS... FIRST CLASS


Kisah seorang perempuan yang bernama Alyah. Dia seorang yang sederhana sahaja. Wajahnya sederhana, kepintarannya sederhana, pergaulannya sederhana serta keluarganya sederhana. Kemudian, datuknya berpesan kepada Alyah, dia seorang yang sangat bertuah kerana hidupnya dijadikan sederhana. Datuknya menyuruhnya menjadi orang yang sederhana. Walaupun dia kurang percaya dengan nasihat datuknya, dia tetap memegang nasihat itu bagi menyedapkan hatinya sendiri.

Alyah menyambung pelajaran di kolej swasta. Dia juga tinggal serumah dengan dua orang lagi rakan perempuan. Kedua-duanya sangat berbeza dan sangat esktreme dalam soal melihat hidup. Seorang sangat oportunis dan seorang lagi sangat negatif. Alyah pula yang sederhana menjadi orang tengah kerana kedua-duanya sering bergaduh.

Pada waktu itulah, Alyah sedikit demi sedikit mula bersyukur kerana menjadi sederhana, pada masa yang sama dia perlu melawan hasutan rakan-rakan serumahnya yang sangat ekstrem. Akhirnya, ketiga-tiga rakan serumah itu menjadi orang yang sederhana pandangan hidupnya.

AKUKAH SNOW WHITE ITU?


Angan-angan mahu berjumpa putera raja dikuburkan dalam-dalam. Kali ini Lisa mahu berusaha gigih menjaga penampilan. Dia sedar, hati yang putih suci lebih bermakna sekiranya penampilannya lebih berketerampilan. 
Bukankah itu impian setiap gadis?

Namun Lisa masih dibuli  kerana sikap naifnya. Kali ini kehadiran sepupu kepada Farid, Keisya sering mencabar kesabarannya. Seribu satu degaan terpaksa dihadapinya. 
Perangai Keisya benar-benar seperti watak antagonis dongeng Snow White.

Betulkah hanya gadis tinggi lampai dan berkulit seputih salji sahaja yang layak mendapat layanan istimewa di dunia ini?

Apakah Farid juga terpengaruh dengan segala cemuhan keisya kepada Lisa?
Bagi Lisa, biarlah comot asalkan hati lebih putih daripada salju! 

Thursday, June 9, 2011

AKU BUKAN MINAH BUNGA


Roy, Peach, El dan Dee - Kuat bergaya, mengikut perkembangan fesyen, sentiasa mengetahui rentak muzik terkini.

Zack, Adi, Apek dan Im – Rajin bertadarus, berzanji dan bertaranum. 

Mereka daripada dunia dan latar yang berbeza. Sebelah pihak menuntut di Akademi Perempuan Elit dan sebelah pihak lagi menuntut di Akademi Agama Lelaki.

Jiran yang tinggal sebelah-menyebelah ini sentiasa berperang mulut, terutama apabila mereka terpaksa berkongsi masjid, surau, padang dan kolam takungan air. Semuanya gara-gara perbezaan yang wujud di kalangan mereka.

Mampukah wujud perdamaian? Dapatkah mereka menerima perbezaan yang wujud di antara mereka? Ikuti kisah mereka yang lucu ini dalam Aku Bukan Minah Bunga.

SEKIRANYA AKU MENJADI NOVELIS


Semangatnya tidak pernah pudar walaupun sebelum ini idea yang dinantikan tidak kunjung tiba. Namun, sekali sahaja dia mengetik membina ayat, bagai air mengalir deras tidak mahu berhenti.

Benar kata Serina Sahlan, menulislah dengan penuh semangat dan ketulusan. Paling penting jangan menyerah kalah andai menemui kegagalan dan ketandusan idea. Seorang penulis perlu menentang cabaran itu.

Hati Aida berbunga riang. Kegembiraannya bagai sekawan kupu-kupu terbang di taman bunga. Riak wajahnya tidak pernah lekang daripada senyuman. Masakan tidak, debaran terus bertamu menunggu detik penerbitan novel akan tiba.

AKU MAHU SAIZ S


Mengisahkan pergaduhan yang tercetus antara pelajar yang menggelar diri mereka The Size S dengan tiga orang pelajar gemuk dari Kelab Size XL.