Sudah menjadi tradisi, Sekolah Sri Bangsar mempunyai
team sidang redaksinya yang tersendiri.
Tahun ini, ketua pengarangnya adalah Wilma!
Wilma sangat tidak sabar menaiki takhta. Memegang
jawatan Ketua Pengarang yang disegani.
Oh, tentu glamour!
Namun tanpa diduga, satu perubahan besar berlaku.
Pelajar tingkatan lima tidak dibenarkan menghasilkan buletin.
Tugasan itu diserahkan kepada junior tingkatan empat kerana pelajar tingkatan
lima perlu fokus kepada SPM. Itu yang lebih utama!
Wilma benggang sungguh! Sepatutnya dia ada kuasa penuh mentadbir sidang
redaksi! Mengapa kuasanya perlu dibahagi-bahagi?
Apabila guru penasihat bertanyakan kepada Wilma, siapakah calon yang
paling sesuai mengetahui buletin...Wilma terus menunjuk ke arah Betty!
Betty yang pemalu macam kucing. Betty yang tidak tahu memimpin.
Wilma sangat yakin, Betty tidak mampu menyiapkan buletin. Wilma berani
kerat jari, Betty akan gagal. Tentu penerbitan buletin akan diserahkan semula
kepadanya. Wilma akan kembali memegang takhta Ketua Pengarang yang
berkuasa.
Lalu Wilma mula megatur pelbagai stategi jahat mensabotaj Betty.
Dapatkah Betty bertahan? Ketahui segalannya dalam novel ke-sepuluh
Ain Maisarah, Buletin Sri Bangsar : Kini Berwajah Baru.
No comments:
Post a Comment