"Acik Nor...."
"Ya,Emil?"
"Al-quran tu....siapa yang tulis?" Emilda cuba
memulakan perbualan berkenaan lslam.Elok juga
sekiranya dia mengambil peluang ini sebaik mungkin
kerana ibu bapanya tiada dirumah.
"Maksud Emil?"
"Tulis.... maksud Emil pengarang kata-kata di dalam
Quran." Emilda sedaya upaya menerangkannya.
"Allah" jawab Acik Nor ringkas.
"Tuhan?"
Acik Nor menganguk.Dia tiada sedikit pun
terperanjat dengan soalan Emilda.ltu bukan soalan
pertama yang pernah diajukannya, malah sudah
berpuluh-puluh soalan. Dia sedar Emilda semakin
berminat dengan lslam, tetapi apakan dayanya?
No comments:
Post a Comment