My Blog

Hit Counter

Saturday, September 11, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Asslamualaikum kawan kawan......
Saya ingin menceritakan kisah saya beraya pada tahun ini.Saya beraya di kedah,kedah ialah kampung saya.Kebetulan pula,rumah yang saya duduki itu ialah kampung sedara-mara saya.Jadi saya,ibu saya,kakak saya dan nenek saya tinggal dirumah sama.banyak sedara-mara saya blk...Jadi semestinya banyaklah orang kecoh kat rumah..( biasalah budak budak ).

Keesokkan harinya,kami bangun bersiap-sipa mahu sembahyang Raya Aidilfitri.Sewaktu kami sembahyang Raya Aidilfitri,abang saya yang menjadi imam dan berkhutbah.Selepas kami balik dari sembahyang ,kami sepupu saya bersalam dengan ayah dan ibunya.Selepas itu mereka mengambil gambar bersama keluarga mereka.Saya mengambil gambar dahulu sebelum bersalam dan kami makan dahulu.. Selepas maknan,tiba-tiba ada orang mahu beraya di rumah saya...Kami pun menjemput dia makan bersama...selepas mereka makan ,tiba-tiba jiran saya datang untuk beraya di sini jugak..Selepas mereka makan mereka pun pulang ke rumah.Saya duduk di ruang tamu.Ibusaya duduk di sofa ruang tamu.kakak saya duduk di sofa ruang tamu.abang saya suduk di sofa ruang tamu juga...Mereka ( termasuk saya ) bersalam dengan kakak saya,ibu saya, dan abg saya ...Mereka hampir menitiskan air mata .Selepas kami bersalam kami mendapat duit raya. ( termasuk sekali saya ).Selepas itu ,saya ,kakak saya, abg saya dan sepupu saya pergi beraya .Kami beraya dekat Alor Star..Saya pergi kubur arwah ayah saya.Selepas itu saya beraya di Alor star.

Keesokkan harinya saya duduk di rumah sahaja .Malam itu semua orang ( tak termasuk saya dan sepupu saya) pergike rumah sebelah saya . Kami menunggu mereka dengan bermain dengan kawan- kawan.selepas mereka balik dari rumah sebelah,saya terus masukkan beg yang hendak dibawa ke rumah mak sedara saya belah ayah saya iaitu adik ayah saya.Kami menginap di sana sehari sahaja..Itulah kisah saya
        
               BERSAMBUNG.
yang benar
____________________
Ashya' binti Abdul Aziz.

3 comments:

  1. ashya kena kurang kan ayat tiba-tiba yek....

    ReplyDelete
  2. Ape la, Ashya' ni nak tulis blog kena la tulis semua. Kalau pendek kan cerita, cerita tu jadi x sedap pulak!!!!

    ReplyDelete